Monday, May 23, 2011

Random Thoughts

I thought of posting cupcakes photos today.. but.. nahhh... esoklah! hehehe... ntah2 korang pun dah boring tgk gambar cupcks je... so hr ni nak cakap pasal gula. Yes GULA dan juga BUKU. Ade satu gambar best nak share.. itu last sekali :D

Tak, saya tak ada hajat nak naikkan harga cupcakes. Jangan risau.

Kalau terbaca FB sy, last week ade sekali sy komen di status, harga gula icing di kedai sekian sekian naik seringgit! Saya mmg selalu beli stok barang2 sy di kedai ni.. Mari kita namakan kedai tu sebagai kedai MyCheese. (pernah baca tak buku bertajuk 'Who Moved My Cheese' by Spencer Johnson? Kalau belum, highly recommended!). Kawan2 yg pernah datang kelas saya, saya promote juga kedai MyCheese ni... sebab gula icing dia elok, choc chips dia sedap, dan brg2 lain pun saya suke.. cake mix dia pun ok, menurut member sy yg pernah beli la.. sy tak pernah try. Last week stok di rumah dah habis.. so pergi la beli ke kedai tu.. Bila nak ambik gula icing, terkejut bila nampak harga rm3.50 dah dicancel dan diganti dengan rm4.50! Wahh.... terus saya dengan takde nak fikir apa2, sound kakak tu.. (kakak tu join owner kedai tu.. so mmg valid sgtla komplen je terus kat dia..).. eh, kenapa dah rm4.50, kak? ... Dik, kan gula dah naik....

read about this here.

Wahhh..... gula KASAR yang selama ni diberi subsidi, naik 20sen, tiba2 gula icing yang takde subsidi ni boleh ikut turut naik juga? Bukan 20sen, seringgit tu... nak tergelak pun ade bila dengar jawapan kakak tu. Lepas 'melepaskan' beberapa 'das tembakan' kepada kakak tu.. saya bayar brg2 yg diambil, saya cakap, "gula ni saya beli satu jelah.. lepas ni, mmg saya tak beli dah kat sini.. selama ni, kedai ni mmg mahal sikit, tp saya tak kisah sgtla.... tapi ni.... hmm..... seringgit bagi saya melampau." Bukan saya berkira sebenarnya... brg2 yg saya beli dr kedai dia selama ni pun ade yang mahal 10 atau 20sen dr kedai2 lain tp saya tak kisah sgt.. nak kata kedai tu dekat, tak juga, saya kena melencong juga dr office utk ke sana.. Kita ade kedai yg kita selesa kan... tapi kali ni, lebih kepada 'kecik hati' sebab dia menaikkan harga dengan melampau. Dah hilangla sorang customer dia..  Dan mungkin ramai juga yang dah malas nak ke sana kot.. selepas tgk harga dia.. Lepas ni saya nak gi cek lagi sekali. Kalau harga masih sama, saya nak buat aduan.

Brilliant lady! kalau UMP tu dekat, dah lama sy apply jadi student bwh dia.. hihi 
Dia dah dpt geran rm500K utk bukak kilang tu...

Saya terfikir, saya yg biz kecik2 ni pun dah terase akan kenaikan harga brg2, inikan pula yg berniaga dijadikan punca rezeki. Mmg kesian. Sebenarnya kuih yg rm1 dapat 3 tu kan, mmg tak berbaloi sebenarnya peniaga tu nak jual dgn harga mcm tu. Sekarang ni saya nak beli pun mcm kesian... errr... boleh ke mcm tu?

Ok, shooooo away the negative vibes...

Today my Imran (my first kid, he's in Std 1) starts his midterm exam. Semlm buat revisions dengan dia.. sebab hari ni ujian Bahasa Melayu, semalam revise BM.. Cara2 nak guna kata penyambung.. 'dan', 'sambil', 'atau'.. 

Imran main bola.
Imran makan gula-gula. 

Gunakan kata sambung 'sambil' untuk menyambung ayat-ayat di atas. 

Imran main bola sambil makan gula-gula.

Pandaiiii... :)

Hari tu masa ajar dia English, ade perkataan 'chalk' dlm buku dia. "Imran, what's the meaning of chalk?" "Err.. tak tahu.."

Cikgu Imran tulis kat board pakai ape? "Pakai whiteboard marker"

Hmm... ok, takpe. nanti kalau kita jumpa papan hitam, ibu tunjukkan 'chalk' kat Imran.

Mmg banyak bende dah outdated sekarang. Buku2 saya yang lama, kalau Imran baca balik, banyak yg pelik2 bagi dia. Gambar 'telefon', 'komputer' di dlm buku saya, begitu asing utk dia. Dia tak pernah tengok kerbau, malah sy rase ramai je kwn2 dia yang tak pernah tengok lembu, ayam, itik, angsa dll secara live!

Tapi saya suka sekolah Imran.. dia tak terdedah kepada iPad, iPhone, PSP dan mcm2 lagi.. Tak ada entertainment diperkenalkan di sekolah dia yg berunsurkan negatif. Imran tak kenal pun Justin Bieber dan lagu2 yg hit di radio skrg. Hari guru baru2 ni, dia dengar 'seniors' dia yang di Pintar 5 dan 6 (darjah 5 dan 6) menyanyi koir lagu Adakah Kau Lupa. Balik dia terus search lagu tu di YouTube. Sampai hari ni, tu lagu fav dia :)

Oklah, dah panjang utk hari ni.. akhir kalam, ni lah gambar bess yg saya kata tadi ;D



Thks for reading! :)

♥edi

6 comments:

amylia said...

Salam. Just want to share some thoughts about kuih 3 pcs for RM1. Most of the time, I buy bukan sebab nak sangat kuih tu tapi sebab kesian. 3 pcs for RM1 is such a bargain with the prices of things nowadays. Tapi masih ada lagi orang yang menjual dengan harga tu sebab itu ikhtiar mereka mencari rezeki halal. Di Bandar Baharu, Kedah (near where I live) masih ada makcik-makcik yang jual kuih 25sen seketul. Kuihnya kecil saja tapi sedapppp sangat....

Edi said...

salam amylia,
thks for coming by :)
ha ah, that's what i meant.. i kesian bile tgk makcik2 tu jual kuih 3 seringgit. sbb i tau untung x byk mana pun. in fact takde untung pun kalau kita kira masa nak buat tu lagi. makcik2 tu maybe kira modal dr segi kos bahan je... kat pekan2, kuih takde rase pun kdg2..

miss pulak kuih2 kat trg bile awak cerita psl kuih kat kg awak! :)

Maizatul said...

i like this post. and i pun cam terinfluence gak dgn cite kedai mycheese tu.hehehe...tadi lunch dgn member kat kedai sederhana...nama je sederhana tapi harga besar....saya amik terung 3 keping,ayam masak merah peha satu and air k-lime (dah lama tgk kat kedai selama ni tahan je rasa tapi hari ni teringin pulak nak merasa). dia charge saya 7 hinggit...ralat gak tapi nak buat cemana kan dah kita ni king, king don't bargain. though dlm hati merungut....errrrrr

Edi said...

mai,
jadiklah kingKONG, boleh mengamuk! hahahahaa... seriously, sekarang ni makan mmg mahal.. mana2 je... rase cam helpless plak kdg2.. *sigh*

Anonymous said...

hehehehe. Kedai mycheese, mycheese. Harga cupcakes saya masih sama drp tahun 2007 lagi sebab buat pricing tahun tu kan pastu nak tukar dah tak boleh sebab somehow tak leh nak sign in and edit that particular entry.

Tapi ada juga yg sgt tidak perihatin bila mahukan kek fondant tiga tingkat dgn berbajetkan max RM250. Bila kita inform barang dah naik kita pulak akan dikatakan tidak mesra pengguna.

Tapi apa2 pun kapur memang chalk dlm bahasa inggeris bukan check ataupun choke. Asalkan whiteboard tu bersih dipadam oleh cikgu setiap kali menggunakannya. ;o)

Edi said...

betul kak wiz.. i pun x suke ckp pd customers psl brg naik lah, ape lah.. to me, that is not their concern.. they just want the best and the most affordable.. samalah mcm kita kalau beli brg dengan org lain.. bile kite kata mahal, and bile penjual tu ckp psl harga brg naik, mesti kita berbulu kan. (kena br2 ni sebab gi psr mlm kat rembau and komplen harga air kelapa naik 20posen :P) i pun after 2 years, br naikkan harga early this year. itu pun mcm nightmare je nak buh kat blog. i rasa bersalah especially to repeat customers. sebab tu i suke sgt kalau org nak belajar buat cpcks nie.. ilmu tu boleh guna utk buat sendiri and x payah dah pening2 nak cr pembuat cpcks! hihi

pjg pulak i bebel.