Monday, January 24, 2011

I have to believe!

Lately ni rasa mcm Faaeq ni makin cerdik. mcm2 dia buat yg menampakkan dia tu cerdik. mcm2 akal.. cuma satu je yg masih belum dia achieve (ade byk tp for this stage, satu je yg saya target) -- speech! masih belum keluar perkataan yg meaningful dari mulut dia. mungkin ada, tp saya masih belum percaya. atau masih belum mahu percaya. bila dia panjat and jatuh, dia nangis and ade keluar 'akittt'... bersama bunyi2 lain yg dia buat. bila ayah naik moto pergi kedai tak bawak dia, dia nangis and keluarlah 'ayaaaa'... bersama2 bunyi2 lain.. bila bagitau speech therapist faaeq, dia kata 'u have to believe'.. mungkin dia tak maksudkannya, tapi kita yg kena percaya dan galakkan lagi dia bercakap. tapi.. susahnya nak percaya........... betul ke dia maksudkan tu? kenapa dia tak pandang muka ibu and cakap 'sakit ibu'.. macam tu barulah saya boleh percaya...

Tapi kalau tiru org, dia ade improvement. semalam sy 'main' flash cards dengan dia. favourite flash card set dia ialah 'Things You See at The Airports".. dibeli oleh grandpa untuk abang, tapi sekarang dah jadi Faaeq punya! dia boleh leka dengan flash cards tu selama sejam! bagus sebab maknanya dia boleh concentrate selama itu.. dlm sejam tu, dia akan ulang2 tengok flash cards tu satu demi satu.. saya perasan, kalau gambar aeroplane, helicopter, dia akan cium gambar tu. wah, sayang/suka sangat la tu. Faaeq mmg berminat dengan kapal terbang. Macam ayah dia jugak la tu. Mana tau besar nanti jadik Aircraft Engineer yang sangat tersohor. Mana tau kan, insya allah.. Budak autistic ni ada yang sangat bagus dengan visual spacial skill. boleh imagine things macam dlm gambar.. satu2 dlm kepala dia tu mcm dlm video games la.. boleh 'masuk sana masuk sini'.. semua dlm kepala. so kalau jadi engineer kapal terbang, boleh 'masuk' dlm engine kapal tu secara visual je.. hehehe... (saya pulak yg berangan lebih).

Weekends sekarang saya dah tak payah pergi kelas masters saya lagi. mmg sangat2 best, sebab weekends duduk rumah and rilek2 dengan budak2.. (walaupun xdelah rilek mana).. boleh try new recipes, boleh tengok movies yg download, boleh susun pasu bunga and alih pokok2 mana yg perlu. boleh borak dengan jiran.. (kalau be4 this, jiran tegur masa pagi2 nak keluar hari sabtu ahad, 'kerja ke arini Ina.. ", saya jawab, "tak kije, tp ade kelas..".. huhu.. habis. masuk kereta.. zusss... hilang.. )

Lupe pulak, nak cerita semalam, masa 'main' flash cards dengan Faaeq, saya ajar dia 'kiss'.. tunjuk satu card, then saya cakap 'tow truck'. kiss kiss.. (dengan gaya kiss card tu).. dia senyum je pandang saya (hah, eye contact di situ, great!).. lepas dah habis sessi tu.. dia pun belek2la cards tu sorang2.. (saya tengok tv la pulak.. ).. then dia buat sendiri pulak, ambil satu card, pastu kiss "muahh.." siap ade bunyik! YAY!! seronoknya.. one accomplishment for today!

Macam tu lah dengan budak2 mcm faaeq nie.. just one simple achievement like that is so great for us. malam tu pergi PICC jln2.. takdelah jln2 sangat pun just main lari2 and panjat2 kat depan entrance. The location x penting. yang penting tempat tu mestilah selamat untuk dia. Faaeq main dengan abang, ayah  and ibu. Mission accomplished!





Yay!

10 comments:

Kak Lia said...

Afiq punye mulut sekarang...cam laser!!!!..aduhai....sabar lahhhh hatiiii

Raais said...

it's great to hear faaeq is getting better :)

Mutawwifah Maisarah said...

tumpang rasa seronok bila baca :)

Edi said...

kak lia, biar dia laser drpd senyap.. kang kiter lak yg risau! hehehe.. xde dia mesti kak lia boring, kan? :)

poksu, little by little, but he's getting THERE for sure!

mango, alhamdulillah.. how's putri doing? must be a chit chatter by now kan?

Laily Zuwan said...

kak edi: sy pnh jaga anak murid autism.. dari mcm faeq mula2 sampai die 'boleh' bercakap (lebih jelas dr mula-mula) Perkataan yang diucap akan bercampur dengan bunyian lain.. contohnya.. teacher, i wanna drink stgkrgfer.. dia sangat manja dan bijak dan sangat aktif..sangat sukakan train(mama dia belikan satu set bedding & train Thomas & Friend)bile bace cerita faeq jadi sangat rindu dengan imran..

Edi said...

babyhanny, thks for dropping by...
iye ke.. bestnyer dengar pengalaman awak.. maknanya faaeq is getting there lah kan? alhamdulillah faaeq pun ade teacher yg best kat taska dia.. org2 yg sabar je boleh jaga dia nie.. kalau x sabar, mmg jadi kes dera sbb dia lasak betul!

Syahida said...

yup, betol cakap babyhanny, faeq is making sounds. one of the signs that he can actually be verbal. keep on believing edi. its hard but maintain ur patience, dont forget ur DOA. keep on with the stimulations too, all of u r doing great with faeq. He is one lucky child :)

Laily Zuwan said...

btl2.. perlu org yg sabar dan beri perhatian lebih pada dia..dlm kelas ade 2 teacher dan sorg teacher shj yg boleh jg die sbb saye kene jg 10 murid lain. die suke tgk cd cerita thomas & friend tu dan boleh ulang cerita tu banyak kali dalam satu hari. bila dia minat satu benda, dia akan betul2 fokus pada yg dia suka saja.. die akan tersenyum bila kite puji atau bagi perhatian pada apa yang dia buat.. :) walaupun dah 2 tahun tinggalkan sekolah tu (imran pun dah pindah sekolah) tp masih lagi rasa kemanjaan imran..

Anonymous said...

Autistic kids are amongst the most intelligent ones Edi. It's just that they take their own pace. No rush, but once they have got it into their system, all you can do is just watch them fly....high.

Yay! I am happy for both of you!

Edi said...

Syida, we're trying our best for faaeq. the rest just tawakkal to Allah. Alhamdulillah cikgu2 kat taska pun sayang faaeq so itu pun dah cukup la utk bg hati ni tenang bila tinggalkan dia kat taska nak gi kerja..

babyhanny, terharu baca cerita u.. (FYI imran nama anak i yg 1st! abang faaeq tu! kebetulan pulak.. hehe) budak2 ni banyak kasih sayang in store utk kita kan? itu yg rindu bila lama tak jumpa.

kak wiz, i'll wait patiently for faaeq to fly high one day.. i know he will! :)