.
.
.
.
.
Ha ha... iye lah tu.... tapi Kak Wiz rasakan begitu jadi saya terima lah dengan hati terbuka. Secara jujurnya, resepi yang saya selalu cuba adalah resepi kek dan puding yang saya suka. Tidak semestinya disukai oleh seisi rumah saya. Selalunya yang 'terpaksa' merasa dan menghabiskan hasil experimen saya ialah jiran-jiran dan rakan setugas. Jika simpan di dalam peti sejuk di rumah, akhirnya ia akan berakhir di halaman rumah saya menjadi makanan burung-burung comel yang selalu berkunjung ke rumah.
Ok, let's move on to the interesting part. The questions. hi hi
1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Telur goreng. Umur saya pada masa itu mungkin 8 atau 9 tahun. Tiap-tiap hari saya hendak makan telur goreng yg saya goreng sendiri. Mungkin kerana teruja boleh pegang senduk dan masak di atas api yang 'real'.
2. Siapa yang menggalakkan anda masak…
Hmm... rasanya minat saya datang dengan sendirinya. Tetapi dorongan datang dari keluarga dan kawan-kawan yang selalu suka masakan saya. (iye ke??)
3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda….
Salmon masak lemak cili padi. Satu periuk nasi boleh licin bila masak salmon ni...
4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..
Saya mengambil keputusan untuk tidak tag sesiapa tetapi saya menganugerahkan tag ini kepada semua pengunjung blog saya ini. Pasti bila anda suke berkunjung ke blog2 masakan, anda juga adalah awesome chef! Mungkin ada yang masih mengumpul resipi2 tetapi masih belum menunjukkan 'taring' kamu. It's ok, take your time to shine ladies!
Love u all!!
edi.
**Jangan risau kalau anda tak ada masa atau malas untuk membuat soalan di atas, kumpulkan saja award ini dan tampalkan di dinding Blog anda!
No comments:
Post a Comment