Monday, August 1, 2011

Tooth fairy came to visit...

~Selamat Berpuasa to all!~

Salam,

Nak cerita psl Faaeq since ade ramai yg tulis kat FB sy tak sempat nak reply semua and cerita semua.. so here it goes.

Faaeq sakit gigi. Last 3 weeks dia sakit gigi and gusi dia bengkak. Tak delah bengkak yg teruk tp nampakla pipi dia mcm bengkak, dia tak boleh tidur mlm.. asyik merengek2.. takde selera makan.. (selera ade kot tp tak boleh nak makan sbb sakit)... mmg miserable tengok dia. Dah bawak ke klinik gigi, dia mmg taknak bukak mulut langsung. kena paksa dengan doc, doc nampak geraham dia dah teruk.. gigi depan dia mmg nampak lawa je... tp geraham dia mmg dah berlubang besar... so doc bagi referral letter to Hosp Klang sebab dia kata kat situ je yg dia tau ade Peads Dental.. (Dental biase tak buat utk kanak2.. ade certains hosp saja ade Peads Dental)... Masa tu Ahad. Doc bagi ubat antibiotik, makan 5 hari then lps habis antibiotik tu, kena pergi hosp la..

Khamis dlm pukul 10 pagi taska Faaeq called.. cakap Faaeq dah nangis non-stop dr pagi.. so sy balik rumah ambik dia and terus bawak ke Hosp Serdang. Walaupun dengan reference letter utk ke Klang Hosp, Serdang Hosp accept jugak.. (kitorg dahgoogle awal2 mana hosp yg ade peads dental, sbb klang hosp tu mcm jauh dr rumah kitorg nak gi). Terus walk in je ke Dental Peads tu.. cakap Faaeq sakit gigi and nak jumpa doc. kebetulan specilist baru lepas habis operation gigi... so dia ade kat situ.. dia tengok gigi Faaeq, and cakap mmg kena cabut. SInce Faaeq is not cooperative at all, dia cakap kena put him on GA, so kena masuk wad sehari awal untuk cek semua, and doc bius pun nak tengok dulu before operaion tu.. the earliast available date utk masuk OT (operation theather) was on 30th July.. so kitorg kena masuk wad on 29th July and stay one night before the OT.. Panadol dah tak berkesan dah masa tu... so doc bagi another stronger antibiotics and a stronger painkiller.. Wah! makan ubat tu semua, Faaeq dah ok la..sementara nak tunggu appmt dia on 30th tu.. (this was about 3 weeks ago)



Friday the 29th July, check-in la kitorg di wad! Wad kanak2 di Hosp Serdang. Ward yg cantik,bersih and ade tpt budak2 main yg selesa.. Faaeq ape lagi..  buat la stunt dia mcm biase.. (dia tak sakit gigi dah masa ni.. ) After doktor bius cek, nurse ambil Faaeq punya berat, temp and all basic infos, basically we just hv to wait till tomorrow la... Faaeq patient ke2.. ade 3 org yg akan cabut gigi on 30th tu..


No other children below 12 dibenarkan masuk ke wad tu.. even waktu melawat... except saturday and sunday. since kitorg masuk tu jumaat, Imran takleh masuk la tengok Faaeq.. Ibu jelah yg jaga... mmg takleh buat ape.. Faaeq was so excited dengan new surroundings... semua nurse pun geleng kepala jelah tengok dia.. since kitorg mmg bgtau Faaeq ni autistic and ADHD, nurse semua pun faham and understanding la... ok je semua nurse kat wad tu.. :)



 Faaeq kena puasa, the last milk dia boleh minum was at 12midnite and air kosong at 4am.. mlm tu dia tidur lena je... ibu pun tidur sekali atas katil kecik tu.. haha.. muat ok! :P Then dlm pukul 9.30, nurse dah suruh tukat baju utk ke OT.. masa tu Faaeq dah lapar and nak makan, nak susu.. semua tak boleh so dia marah... tu yg nangis2 tu sebab lapar tu..


Dlm bilik waiting room OT.. tunggu kejap sementara patient sebelum ni keluar... budak yg keluar be4 faaeq kena cabut 12 batang gigi! Just imaginela... budak tu keluar OT tu meraung2... (dia dikejutkan dulu be4 keluar.. masa buat tu mmg full GA, x sedar).. mak dia nampak terus  nangis sekali.. sy pun tumpang nangis sekali.. huaa... pastu turn faaeq pulak. Cuak gak! Ibu boleh masuk sekali dengan faaeq sampai OT. Then saya yang letak sendiri mask utk pengsankan dia tu.. kejap je, dah pengsan.. then keluar and tunggu kat luar.. about 45 mins, siap! Faaeq nangis gak masa keluar tu tp takdelah meraung mcm budak be4 that.. so saya pun rilek jelah...

Cium rambut dia bau darah.. mulut dia pun penuh darah... 5 batang gigi kena cabut.. 4 geraham and satu gigi taring dia.. doc kata gigi taring tu dah tak sihat... so better cabut je sbb takut nanti dia sakit gigi lagi.. doc tu siap cakap, "saya takut ibu terkejut bila tengok gigi dia takde..".. i trust the doc.. tengok gigi2 faaeq yg dah dicabut tu (dia buh dlm botol and kasik bwk balik), mmg horror!!! sian si kenit ni.. dia mamai2 and tidur lps ke wad.. bangun2 je, nak kasik air kosong dia taknak... nak susu... so bagi dia susu and terus minum habis sebotol. doc tengok dia ok, xde muntah2, so boleh baliklah petang tu! yay!

kenapa kena cabut sampai 5 batang? ade org ty boleh ke cabut byk2 tu? boleh je.. kalau yg buat tu specialist and buat tu kat hosp.. klinik2 biase takkan buat... budak yg be4 faaeq tu (yg kena cabut 12 btg tu), mak dia kata, dia tak sakit pun gigi... cuma gusi dia bengkak (tp gigi budak tu mcm byk dah patah2).. doc kata kalau tak cabut, takut kena barah gusi.. itu yg kena buat jugak.. gigi kekal nak tumbuh senget ke, tak sekata ke, itu belakang kire lah kalau dah kes camni..

Alhamdulillah semuanya berjln lancar utk faaeq.. balik Sabtu, dia still merengek2 sakit gusi.. bagi panadol je, and mlm tu pun dia tak lena sgt tidur. Ahad, dia dah melompat sana sini, dah panjat almari, dah panjat tembok rumah... Faaeq is BACK! paling kelakar, tengok dia senyum.. sebab dah rongak! mmg kena gelak jelah faaeq! xde snap lagi gambar dia rongak, nanti kalau ade, sy tunjuk. hihi

Kenapa banyak sgt gigi dia rosak? Sebenarnye Faaeq ni tak makan gula2.. choc pun x makan... tapi dia kuat susu.. and susu lah puncanya.. susu ade gula and bila dia tidur dengan susu.. mmg habisla gigi...

On faaeq's improvement, he is now making so many new sounds.. and he can say "cu cu" (susu) and now.. we believed him when he said "ayayayayya" that he meant "ayah".. sebab.. masa slps dia keluar OT tu, dia nampak ayah dia, and he said "ayayayayayaya".. sambil nangis... and he is more manageable now.. at restaurants, he can sit and eat his food, throws less tantrums, and cooperative to instructions... i hope, when he reaches 4YO this november, he will be able to speak a few words... and i hope the ceiling leak at Sensory Room HUKM is fixed soon! coz faaeq loves it there...  

Till then, have a good week ahead friends! Thanks for all yr well wishes and doa.. i really really really appreciate it.

♥edi 

14 comments:

Anonymous said...

Kesiannyer faaeq...my doter pun ada gigi buruk..gigi depan atas 3 btg dah hilang..then ada gigi geraham yg rosak/hitam tp doktor kt putrajaya tak bagi cabut,takut budak jd trauma..act masa pegi klinik..mmg doc dah suh refer hospital serdang tp nak tunggu slot yg available lama gak..pastu my doter sakit gigi lagi..tu yg bawa gi putrajaya lak..sekarang ni kena jaga gigi lebih skit..sblm tido mesti gosok gigi..hopefully gigi dia tak semakin teruk..

-Azmira-

Anonymous said...

kesian faeq. 5 teeth for a small, young kid is definitely a bit too much to handle. he is so strong and managed to go through it. even me, so old already but dare not even cabut 1 gigi.

hopefully aft this faeq has no bad incidents with teeth...

take care faeq

Sally

Anonymous said...

Salam..yey dah sihat!!!...Auntie Azfa

Anonymous said...

azmira, putrajaya takde peads dental.. better u take her to serdang and cek dgn specialist.. then tau ape yg perlu buat dgn gigi dia.. how old is yr daughter? kalau kecik lg takpe, dia x ingat.. lgpun dia buat tu under GA.. x sedar. all the best.. try ty kat klinik ubat gg yg elok utk budak, hopefully lps ni dia x sakit lg..

Sally,
mmg betul.. kita nak cabut one geraham pun gerun! but for faaeq's case, he has to.. kalau tak lps ni sakit gigi lagi, lagi kesian i tengok dia.. x boleh tidur mlm! thks aunty sally :)

auntie azfa,
thks! i'allah lepas ni faaeq akan rajin2 gosok gigi :)

Anonymous said...

Cerita pasal gigi ni memang horror kan. I hae to go to the dentist and aunty wiz yg dh tua ni pun kalau boleh nak GA!

Everything is good, alhamdulillah.

wiz

Anonymous said...

aunty wiz,
nak GA jugak!? hahaha... tp kan, mmg bile i borak2 dengan cousins i pun, ramai yg dah tue2 ni pun prefer GA jelah.. lawak!

-edi

SunnyLovesRain said...

Salam Edi,

Ouch kesiyannyelah Faaeq....:( i baru je dapat go online ni, browse thru tengok this post...3 weeks de tanggung seksa sakit gigi!? just imagine kita yang sebatng sakit pun boleh hangin gila-gila nikan pulak sikecik tu...my friend's son pun ade yang kene cabut lapan batang pasal yg samalah susu...tapi ni dah besar ni ok je plak tngok gigi de...so Insya'Allah Faaeq will be alright too.

take care & Salam Ramadhan to u & ur family sweet...:)

Anonymous said...

kak aida, mmg miserable tgk dia sakit gigi.. sebab tu lepas dia dah ok (after makan antibiotic dia x sakit dah), still kena cabut jugak coz i dont want him to go thru that sakit gigi phase again. sian dia, and semua pun miserable tgk dia... skrg dah kurus sket tp alhamdulillah all went smoothly and now just kena jaga gigi dia yg ade nie lah...

selamat berpuasa to u too dear.

-edi

deja said...

k.edi~..hye!sj nk mengomen selama ni jdk silent reader je..pasal faeeq ni ok ke cabut sape lima??mak i kata takut rusak nerve ending budak.sbb gusi mostly ad nerve connect ngn eye.

siap byk pulak tu 5 btg..slalunye doktor xkn bg cabut byk2..sbb stil budak lg..n mainly concern sbb nerve tu td..

plg byk pn slalunye 2..sbb doktor takut budak trauma..doktor tu da senior ke?doktor baru? takut jdk apa2 kt anak akak nnt..dahla faeeq pn special kid, i takut nnt apa2.

just nk raise concern saya je..

p/s:mak i pesan soh simpan gg tu, nnt akak buleh saman doktor yg buat tu.jus for sake apa2 nnt

Edi said...

Deja,
Thnks for yr concern :) it was our concern too when we heard that the doc nak cabut gg faaeq. Thats why the procedure kena buat kat hosp and buat dgn specialist, xleh dentist biase. Nak bius pun ade pakar yg dtg tgk the day before nak buat tu. Alhamdulillah so far so good. Faaeq is recovering well and nampak cam xde effect lain except usual swollen gusi dia tu. Skrg dah x sakit. Mmg bahay cabut gg, especially kids thats why i stressed out kena buat kat hosp under specilist. Doc biase mmg x buat. In fact, ade sorang girl be4 faaeq, kena cabut 12 btg! If not a specialist, xkan buat camtu. Anyway, betul concern yr mom tu. Appriciate it and i will monitor him, tp mintak2 xde ape2 la kan. Isk mmg horrorla cabut gg. I sampai skrg xleh tgk gigi2 dia tu, kesian :(

shahrul said...

seramnyer...cian faaeq...hope evrything will back to normal..go faaeq go!:)
tetiba terbyng muka ank iols..cannot imagine if i've to go tru this...minta dijauhkan....aminn:)

Anonymous said...

shahrul, thks.. faaeq dah ok.. dah cergas semula.. hehe.. biaselah kalau bab anak2 mesti maknyer yg over kan.. cuak giler.. alhamdulillah semua dah selamat..

-edi

Syahida said...

wow edi, what an experience! tapi oklah kan, dah settle for the time being. i think i will be experiencing the same thing masa abil bersunat end of this year. PPUM dah set kan appt utk abil undergo GA jugak. aduhhh risau la pulak

Anonymous said...

syida,
nak sunat pun kena GA eh... uwaa... x sangka lak eh... kalau tau camtu sunat awal2 masa kecik kan. faeaq pun mesti kena sama lah tu nanti..
-edi