Monday, April 11, 2011

Babah

Salam semua.. lama tak berpeluang nak update blog ni. Sibuk yang tak habis2. kadang2 pelik juga apa lah yang sibuk sgt sampai rasa mcm tak cukup masa 24jam dalam sehari. mengalahkan perdana menteri. tapi perdana menteri ada org basuhkan baju dia dan siap iron sekali. dia tau sarung je.. saya tak ada org basuhkan baju dan lipat masuk almari jadi saya, secara teorinya, sy lebih sibuk lah, ye tak? dah nak start mengarut :P

Rabu last week (6 April) kitorg bawa Faaeq untuk sessi terapi dia Hosp Putrajaya. Kali ni kitorg (sy dengan my husband, Zul) tak perlu masuk ke dlm bilik terapi sebab sudah ade 3 org di dlm bilik tu untuk handle. seorg therapist terlatih, dan 2 org lagi trainee Kolej Mahsa. Mula2 faaeq bising memberontak tapi setelah 10 minit, dia sudah diam and kadang2 dengar bunyi suara dia yang sedang buat aktiviti di dlm bilik Early Intervention Program (EIP) tu. Sessi berlangsung selama sejam. Lebih kurang 15 minit sebelum sessi berakhir, Zul dpt call dr adik dia, bgtau Babah akan dibawa ke Hospital Seremban kerana sakit jantung. Memandangkan kitorg dtg asing2, (Zul naik moto dr office dia di dengkil, dan saya bw faaeq dengan kereta dr rumah, bertemu di hosp putrajaya), so Zul decided nak pergi ke hosp seremban sendiri. tengok dulu keadaan Babah mcm mana. so dia pergi dengan moto ke sana. saya balik rumah, hantar faaeq ke taska dia, dan terus ke office.

Tghr Zul bgtau Babah stabil, dah di masukkan ke wad biasa (be4 that kat kecemasan). Alhamdulillah, nothing to worry. Petang pukul 4, Zul msg bgtau suruh ambik Imran dan Faaeq selepas kerja, then ke Dengkil (dia kerja di MIAT UniKL) ambil dia, then nak melawat Babah di hosp. tak ada apa2 kecemasan pun. Zul x dpt nak balik rumah dulu sebab nanti lambat pula nak menuju ke seremban, tambah pulak dia kata dia kena siapkan midterm exam papers utk students dia. dia byk kerja tu. saya tau.

So dlm pukul 4.30, saya keluar awal dr office, ambil Imran di sekolah, then balik rumah ambil Faaeq, then menuju ke MIAT. otw adik tel, bagtau Babah meracau2, teruk juga keadaan dia. Saya drive dengan tangan ketar2, otak pun dah fikir mcm2.. menuju ke MIAT. Zul dah byk kali tel.. setiap kali ty saya di mana. perjalanan rasa lama betullah nak sampai ke MIAT tu! sampai sana, terus tukar driver, Zul drive ke hosp. nampak dia risau sgt2.. masa tu saya rasa dlm fikiran kitorg mmg sama.. sempat ke nak jumpa Babah? Trauma sebab baru minggu sebelumnya, Aunty Subha pun keadaan yg sama.. Risau hanya Allah yg tahu.

Sampai hosp, kedaan Babah dah stabil semula. tapi masih meracau2. dengan faaeq yang tak nak duduk diam... susah betul nak ambil tahu apa keadaan Babah pd masa tu. Doc dah ambil darah, dah masuk ubat mcm2.. doc kata jantung Babah takde yg tersumbat, cuma electrical sign dan degupan jantung tak berapa ok. selepas waktu melawat habis, semua kelas 'halau' keluar wad, saya masih struggle dengan faaeq yang nak berlari ke sana ke mari, nak panjat katil, nak masuk lif, nak turun tangga. setiap kali pegang dia, dia mengamuk2 sambil baling botol susu dia. berapa kali kena muka dan kepala saya.

So last2 cakap dengan Zul, dia tunggu lah Babah di wad, biar sy bawa Imran dengan Faaeq balik rumah dulu. mlm tu, zul, adik dia, dan mama tunggu Babah di wad. saya balik rumah dengan imran. tidur mlm tu tak lelap langsung. tambah dengan 'lembaga hitam' yg saya nampak di dlm rumah, dan saya 'halau' tepat pukul 2 pagi mlm tu. tak tau lah saya bermimipi atau betul nampak, wallahu 'alam..

pagi esoknya zul bgtau babah ok. saya siapkan faaeq, hantar dia ke taska, selepas tu bertolak ke seremban dengan imran. zul dah balik ke rumah mama dia di seremban utk mandi. sampai di hosp, adik bgtau Babah kembali meracau. kalu ni lebih teruk, meronta2.. sampai kena ikat di katil. Doc masih tak tau kenapa dengan Babah. Meracau2 tu bukan sebab jantung, doc kata. habis tu apa???

Tghr doc arahkan ambik CT scan. Babah ditolak ke bawah, ke blik CT scan. di sana Babah yang pada asalnya nampak tenang je, tiba2 mengerang2 sakit. sakit dada, sakit kepala.. Babah nampak mcm tak keruan. Zul dah bacakan kalimah syahadah kat telinga Babah. Babah boleh ikut.. tapi ada sekali, Babah kata, "bukan ajal dia lagi!"..

Selepas beberapa lama, Babah tenang kembali.Doc berjaya ambil CT scan, lepas tu tolak semula Babah ke wad. doc kata, Babah ni ade abnormal behavior. Saya bgtau doc, kalau betul babah sakit jantung, kitorg nak terus bawa babah ke IJN. taknak tunggu lagi. tapi doc kata, kena tunggu juga CT scan, pukul 5 akan dpt tau result. kalau CT scan clear, selepas tu kena buat a few tests kalau mmg confirm jantung, dia akan refer IJN. sepanjang waktu melawat, Babah ok semula. bila ty2 semula kenapa Babah berkelakuan 'abnormal' sebelum tu, Babah kata dia tak ingat sebenarnya apa yg berlaku...

Pukul 7.30, doc kata CT scan clear. Alhamdulillah. Babah pun nampak ok, boleh borak2 mcm biase. cuma nampak dia letih. dia masih ada sakit dada sikit2.. dia kata.. sambil gosok2 dada dia. setelah agak lega dengan keadaan babah, kitorg decide nak balik rumah. mama nak jaga babah mlm tu, mama kata. so saya, zul, imran balik rumah... kena ambil faaeq di taska. dah mlm.. hari tu ambik faaeq sangat lambat. tak apa, bukannya selalu. lgpun jauh lebih baik dia di taska dr bw dia ke hosp dan akhirnya mengamuk2 sebab tak dpt buat apa yg dia nak.

sampai rumah, mama tel.. Babah kena lagi 'serangan'.. kali ni lebih kerap. mama nekad nak bw babah ke pusat rawatan islam di seremban. request dengan doc utk bw babah keluar. doc bagi kebenaran, zul patah balik ke hosp seremban, ambil semua dan bw babah ke pusat rawatan islam tu... di sana.. mcm2 yg berlaku. saya tak ikut tp menurut zul, ada 'mcm2' dlm badan babah yg mengganggu. sampai pukul 2.30 pagi baru habis sessi rawatan utk babah, tp babah masih belum pulih sepenuhnya, cuma babah dah sangat letih dan tak berdaya.. ustaz tu suruh balik dulu dan rehat.

Semlm bawa babah ke Darul Syifa' Bangi. Pun sama... Babah ade 'gangguan'.. ustaz bacakan ayat2 dan berikan air doa sebagai bekalan. Babah masih letih. dah seminggu sebenarnya Babah tak ada selera makan.. sebab tu takde tenaga..

Semoga Babah cepat sembuh. Itu saja doa yg saya mampu panjatkan untuk Babah... kwn2 tolong doakan sekali ya?

Saya terpaksa cancel order pd hari khamis dan jumaat lepas. sorry sangat2... minggu ni i'allah sy cuba buat semua order yg ada. Kelas i'allah akan berlangsung Sabtu ni... jika tak ada apa2 kecemasan...


edi

     

14 comments:

babyhanny said...

harap semuanya kembali sediakala.. & wish your baba sihat kembali.. amin...

Edi said...

tq babyhanny :)

Haris Zuhaina said...

As-Salam... Hrp2 semuanya ok.. Dina, yg ko halau kat umah ko tuh, 'dia' berambus tak? abaq byk2 tau.. DIA tgh menduga tuh... harap2 si Faaeq pun tak di 'ganggu'

Maizatul said...

Edi,saya baru je baca blog ni b4 jumpa edi tadi.sama2 la kita doa semoga semuanya dipelihara daripada perkara yang tidak baik....amin...sebelum tidur, baca ayatul qursi dan 3 kul. tiup ke muka dan sapu muka smpi hujung kaki. sapu pada anak2 sekali.....

mangosteenskin said...

Hm, baru2 ini jiran mango pun terkena sihir yang dikirimkan melalui sms dan panggilan telefon. Memang sakit dada dan kepala. Dia kata rasa macam nak marah-marah je dan semua orang yang dia nampak rasa macam benci.

semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini dan babah kembali sihat ya kak edi.

Edi said...

ain, aku harap dia chiow lah... i'allah takde ape2... saje nak acah aku je tu :D

mai, tq... kena byk baca ayat quran sbg pendinding kan.. skrg ni mcm2 la...

mango, boleh hantar thru sms ke?? wah, moden betul zaman skrg.... mintak jauhhhh... :(

Delicious-Cuppies said...

assalam edi...

alahai.... harap2 semuanya okay... insyaAllah... doa byk2 yer... mintak jauhkan benda2 tak baik nie...

Edi said...

salam mimie,
thks.. tlg doakan ye... tq

mangosteenskin said...

Tak pasti melalui sms atau panggilan telefon sebab dia ada terima dua-dua daripada nombor yang sama. benda2 macam ni pun boleh upgrade rupanya...

Wiz said...

I am so sorry to hear about this Edi. It saddens me to know that your father is not sick of of normal sickness but due to other paranormal activities. Sedih sgt. Kak wiz doa, edi dan keluarga kuat and your father akan beransur pulih k.

Edi said...

mango, itulah.. first time dengar camni.. bahaya lah skrg ni.. makin byk lak kes2 camni.. agaknyer sbb skrg byk sgt movies seram2 nie bende2 tu pun dah bangkit dr tidur...

kak wiz, mmg serba salah dibuatnya..i do believe yg babah punya sakit tu, mmg medical tapi maybe juga bercampur dgn paranormal.. bila bercampur, tu yg susah. nak buat keputusan bwk dia keluar hosp and cuba perubatan islam , mmg buntu... tapi Allah Maha Kaya, dia akan bagi kita rezeki dlm berbagai bentuk.. in our case, rezeki tu dlm bentuk boleh membuat keputusan di saat2 buntu.. i'allah, he'll be ok. i'm positive :)thks for yr concern kak wiz.

miss.leli.lott said...

Kak Ina, just read your entry. Semoga Allah lindungi babah Che Zul dan keluarga. Semoga tabah hadapi ujian Allah...

Anonymous said...

Assalamualaikum Edi,
Semoga babah edi..di lindungi Allah dr segala musibah dan semoga cepat semboh.Salam
kak siti

Edi said...

kak siti, thank you.. amin... :)